Pages

Wednesday, February 9, 2011

perjalanan kami di hira'


nie sajak mase majlis perpisahan form 5..
dideklamasikan oleh naimah amin..
dicipta oleh kak taqiah borhan~
"dari lembaran introduction,
ke lembaran glossary.
dari subuh gajah,
ke hening sepertiga malam.
dari imbuhan function,
ke helaian linear function.
dari fly setiap hari,
ke tak nak balik cuti.
dari tamadun dunia,
ke sejarah malaysia.
dari ox...ford rujukan,
ke sasbadi latihan.
dari fudhail mubarak,
ke abbad dan mas'ud.
dari apa itu usrah,
ke inilah mehnah dakwah.
dari dewan PMR,
ke dewan SPM.
segalanya pasti..
perjalanan seorang hamba ilahi,
merentas dunia HIRA' penuh erti,
melakar kenangan mengayuh memori.
dari jiwa yang kosong,
ke limpahan bekal tarbiyah,
terus mengorak langkah.
berteman sahabat disisi,
dalam suka dan kecewa,
dalam susah dan mewah.
dakwah dan tarbiyah sebagai paksi,
bertemu jiwa kosong tadi.
segalanya pasti...
masa mengusung jiwa tadi,
mengorban nafsu lestari,
pada medan jihad taklim dan tarbawi.
terkedu jiwa itu,
kerna dunianya kini,
sudah tiba di sempadan benua.
dua dunia yang tak sama,
dua alam yang punya resam,
jauh...jauh sekali!
segalanya pasti
berbekal taqwa dihati,
yang mendamba janji Ilahi.
berbekal tarbiyah disisi,
yang belum habis dicari gali.
berbekal mau'izhoh para murabbi,
yang tak serik meminpin diri.
jiwa tadi,
mengorak langkah,
merentasi sempadan.
demi UMMAH yang masih bingung,
demi ISLAM ad-din teragung..
segalanya pasti... "


huuu..alhamdulillah.. tak rase ape2.. saebab allah dah suratkan dan siratkan the best for me. rite? ukhuwah tetap dirasa.dihayati. kerana allah punca kita bertemukan?
alhamdulillah. all praise to allah. ;D

1 comment:

sevenNeedLes said...

bestnya sajak ni k.aisyaaah (all praises to Allah)