Bismillah,
Sungguh, selalu dipupuk agar terus tetap dengan pembelajaran di KUIS.
Cahaya yang dicari masih samar-samar.
Keperluannya belum memuaskan diri.
Batinnya tawar, tawar akan kebasahan iman.
Jiwanya dahaga, dahagakan iman.
Sehingga dipalingkan pada yang tidak benar.
Dia sedar akan hal itu. Dosa dan haram.
Dia takut jiwanya semakin keras.
Dia takut segalanya mungkin negatif.
Dan hatinya tawar.
Semakin jauh kenikmatan beribadah.
Selalu lupa bahawa Allah menanti.
Niatnya disandarkan tidak dipusatkan.
Selalu lupa dan alpa.
Masih mencari seseorang yang boleh memimpin tangannya.
Juga jiwa, hati dan kehendaknya.
Terlalu memilihkah dia?
Sehingga terabai sampai begini.
Susah untuk dia tafsirkan.
Tindakan ini betul atau salah.
Patut atau tidak.
Selalu berfikir. Berfikir dan berfikir.
Sehingga penat. Allahu akbar.
Lupakah dia bahawa Allah ada solusinya?
Lupakah dia Allah itu Maha Mengasihi.
Ingatkan dia akan Allah.
Agar tidak lari kehidupan sehariannya bahawa Allah itu sentiasa disisinya.
P10-1007-D
0608.
5 SEPTEMBER 2012
EDITED

No comments:
Post a Comment