Pages

Tuesday, December 14, 2021

Hai aisyah 30 tahun

Assalammualaikum.

Bismillaah.

14 Disember 2021. 

1531.

Taman Sri Penawar. 


Tahun 2021, genap 30 tahun sudah.

Seorang isteri kepada Mohd Dinie.

Seorang ibu kepada dua permata.

Muhammad Al Ammar dan Dheya Nasuha.

Masuk 3 tahun menetap di Desaru.

Siapa sangka?


Seorang aisyah yang tak pernah keluar selangor akhirnya kini menetap di Johor. 

Seorang aisyah yang tak sangka akhirnya akan berkahwin dengan jejaka idaman (jadi jejaka idaman selepas berkahwin)

Sebab apa? Segala karenah aisyah, emosi aisyah, mimik muka aisyah, permintaan aisyah, semuanya seorang Dinie boleh hadapi.

Terima kasih Allah. 






Dalam semua kebahagiaan naik turun rumahtangga. Kesempurnaan di depan mata seorang Aisyah, terselit dua ujian. Ujiankah? Atau apa?


Mak disahkan breast cancer stage 4.

Abah disahkan parkinson. 


Dan hari ini adalah first treatment mak utk sessi chemotherapy.

Abah? Honestly aisyah hanya tahu abah akan ada every month checkup. Dan consume dua ubat skrg utk mengurangkan kesan parkinson.





Ya Allah Yang Maha Besar. Hanya aku pinta, jagalah mereka buat ku. Lindungilah mereka walau di mana mereka berada. Sayangilah mereka lebih daripada mereka sayangi aku ketika aku kecil. 

🌹


No comments: